Monday, July 17, 2006

Salam Pagi Isnin

Minggu baru bermula, biasa la bile awal2 minggu, mood nak bekerja ada kurang skit. Aku keletihan yang amat balik dari KG last nite, selalu perjalanan lebih selesa, kali ni ada skit fenin, perjalanan dgn 660cc muatan penuh. Cuma aku bersyukur jika dibanding dengan golongan yang kurang mampu, sekurang2 nya aku berpeluang memiliki 4 tayar dibandingkan dengan golongan yg bergantung kepada 2 tayar.

Anak2 aku amat enjoy di KG, almaklum buleh main sepuas2 hati, bleh bermanja dgn OPAH, ATUK. Mintak la ape saje, insyaALlah jarang dihampakan, tak kira masa, ada jer kerenah bijak si anak2. Yang paling mereka gemar biler balik KG adalah xtvt mandi sungai..compulsory kena pi sabtu/ahad.

Pepagi ni sampai opis, kecoh sumer org, hari ni 17/07/07 pay day for 2005 Bunus (sengaja spelled wrongly). Memasing sibuk nge "check" kat maybank2u. Ada yang berpuashati, ada yang tidak, well lumrah human being..bagi aku alhamdulillah lebih baik ada dr takde langsung, cuma thn ni kurang lebat dibanding tahun2 sebelum, rezeki dah sebanyak tu, aku terima seadanya.
Hajat hati nak lekatkan 1 or 2 barang, aimed canon ixus65 & panasonic fridge..weekend ni bleh le men"survey".

Lunch time, aku ke HongLeong bawak sumer resit pembayaran since 2001, ada ke patut dia bagitau aku missed 4 bulan installment unt WFC, mane ada weiii, aku selalunya bayar prompt, setakat lap 1 bulan tu aku admit laaa...tak best jugak Cust Service diaorg, buat tak layan jerk aku bertanya itu ini..biler aku mintak Car Loan Statement, depa kata kena charge rm10 per sheet, mak aii mahalnya...

Petang lak, aku signed-up PublicBank Unit Trust..harap2 bleh di "Trust" le..
returns diberi seperti di advertised.

Sementara tunggu waktu log-out.
wasalam

No comments: