Tuesday, May 30, 2006

Salad = kaedah tanaman cara terbaru

Cuma nak kongsi maklumat:

MENANAM salad menggunakan kaedah penanaman tembakau merupakan cara
terbaru dan paling ringkas. Mengambil masa 3 bulan sahaja.

Keperluan:

Benih, beg plastik (polybag), dan pasir dan tanah.

Biarkan biji benih bercambah dalam pasir selama dua minggu, sebelum
dipindahkan ke dalam beg-beg plastik berisi tanah. Beg plastik yang
berisi pokok itu diletak di kawasan batas yang dibina berbentuk
memanjang. Kawasan batas yang ditanam salad itu ditutup dengan
plastik untuk memudahkan air yang disiram sentiasa bertakung dan
mengelakkan daripada ditumbuhi rumput.Salad atau nama
saintifiknya 'Lactuca Sativa' di dalam beg plastik itu ditanam
bersusun di atas batas supaya nampak teratur dan memudahkan untuk
siraman air. Siram air sebanyak dua kali sehari. Jika musim kemarau
boleh disiram tiga hingga empat kali sehari. Bila hampir tiga bulan
daun salad hijau boleh dipetik dari bawah untuk dimakan. Pokok salad
yang sudah berbunga daunnya terasa pahit.


Untuk berkongsi pengalaman dengan Nawi Che Yusoff bolehlah menghubungi beliau menerusi talian 09-4718301.