Tuesday, May 30, 2006

Resepi Capati Kakak/Abang J

- 1 cawan tepung atta berserat tinggi.
- 2 sudu besar tepung gandum cap sauh
- 2 sudu besar susu tepung
- 3/4 cawan air mendidih

Cara Membuat Doh:
Gaul tepung atta, gandum dan susu sehingga sebati, masukkan air mendidih perlahan2 sehingga menjadi doh, mengguna senduk kayu, jangan guna senduk plastik. Gentel sebesar bola ping pong (besarla sikit dari bola ping pong...) untuk doh.

Canai:
Gunakan rolling pin untuk mencanai, guna rolling pin plastik dan pencanai plastik atau marmar, jgn canai terlalu nipis, nnt bila 'mengoreng' capati jadi garing, tak sedap.

Masak Capati:
Api sederhana, kuali leper jgn panas sgt, balik2kan capati, masak sekejap jer dan boleh angkat (tepung capati sudah masak sebenarnya semasa kita tuangkan air panas tadi...)

Tips:
Untuk mengekalkan kelembutan capati sehingga petang umpamanya, capati boleh disimpan didalam bekas bertutup supaya sentiasa panas dan lembut spt bekas tupperware.


Cara2 membuat Kuah Mackerel atau Sardin:
- 1 biji bawang besar (saiz sedang) dimayang
- 1 biji chili merah dipotong nipis
- 1 biji kentang dipotong dadu kecil2
- 1 tin mackerel atau sardin (saiz sedang), ikan di hancur2kan mengikut saiz kesukaan.
- Sos Chili, Serbuk Hilal, Garam
- Masukkan bahan2 di atas ke dalam periuk, masukan sedikit air, sos chili, serbuk hilal?dan garam secukup rasa, masak hingga mendidih dan kentang empuk.

- Bila sudah masak...bolehla makan ngan capati......makan sorang 2 biji pun dak OK...

Salam capati dari AJ dan KJ.........

Capati...untuk gaya hidup sihat kekal tampan dan jelita sepanjang masa....