Tuesday, May 30, 2006

Baja orkid/KAWASAN TANAM ORKID dan KADAR CAHAYA

Saya guna baja yang sekilo rm15..kat dalam baja tu ada NPK, ada Trace element dan B1..bagus untuk orkid (pokok lain pun boleh sebenarnya)..

Siram baja kalo boleh basah seluruh pokok terutama di bahagian bawah daun..baja macam siram pagi atau petang..tapi di cadangkan hanya pagi je la..sebab jika ada air bertakung kat pucuk sempat kering..kalau petang takut tak sempat nanti akan menyebabkan kena penyakit crown rot pada pokok orkid tu.

bab racun..kena tengok penyakit jenis apa,,disebabkan oleh kulat atau serangga.

racun yang saya guna...kalau utk kulat saya guna benomyl ( komersial product BENNEX) kelas 4 rm 20 , captan (CAPTAN) kelas 4 rm 30 , lupa nama sebanar dia (TOPSIN) kelas 4 rm 30 ( cara tindaka n adalah sistemik), ?? (MANCOZEB) kelas 4 rm20 , thiram (THIRAM) kelas 3 rm 20 ....kelas 4 tak toxic tapi tak bermakna boleh dimakan ye..kelas 3 sedikit toxic... semua harga di atas adalah sebelum minyak naik...kenapa guna banyak jenis racun....sebab utk elakkan penyakit tu imun pada sesuatu jenis racun.. sebab tu kena selang seli guna racun lain... apa dia sistemik ? racun tu akan masuk ke dalam sistem tumbuhan..semua di atas adalh powder from.

racun serangga.. ALBAROL rm 20 1 liter kelas 4, CARBARYL kelas 3 rm 20..albarol amat berkesan untuk penyakit yang disebabkan oleh serangga yang menghisap cecair pokok macam mite, white flies, scale...CARBARYL bagus juga utk yellow beetles (suka makan bunga dan daun, dia akan tinggalkan larva dia pada pokok)...

semua racun diatas bukan utk orkid sahaja...utk hoya boleh dan apa saja jenis tanaman.. YANG PENTING kena tahu penyakit jenis apa...lepas tu pergi kedai sebelum beli racun baca label pada kotak racun , ia sesuai utk penyakit apa...bukan apa , ada pekedai yang suka menipu pembeli...jika kita da sedikit knowledge dia akan mati kutu nak tipu kite.

Baja seaweed tu saya beli di jerantut.memang susah nak dapat..

KAWASAN TANAM ORKID dan KADAR CAHAYA

Saya terangkan 2 cara

Rumah khas orkid bukan satu keperluan jika dilaman kita dah punya pokok teduh. Kita boleh letakkan orkid2 kita dibawah pokok melihat pada kadar teduhan.Maknanya orkid menjadi salah satu element didalam lanskap kita. Biasanya kadar teduhan yang diperlukan oleh orkid ialah 100%-50% 30-20% dan 10-0%. Maka kita boleh letakkan orkid pada tempat dibawah pokok teduhan yang kita fikirakan kadar teduhan dia sperti yang disebutkan. Yang penting kita kena tahu orkid kita jenis apa. Di bawah adalah asas kadar teduhan yang diperlukan utk setiap jenis orkid. Kadar teduhan

100%-50% Orkid epifit - Jenis bulbophyllum, doritis, doritanopsis, phalaenopsis (popular), vanda strap leaved,
orkid tanah - jewel orchids, peristeria.

30-20% epifit - Jenis oncidium (popular), mokara (popular), renantanda, rhyncostylis, dendrobium (popular)
cattleya (popular),ascocenda, ascocentrum.
tanah - jenis brimheadia, calanthe, some paphiopedilum (slipper orchid0, phaius.

10%-0% ( boleh bagi cahaya matahri penuh)
epifit - arachnis, vanda semi terete, kagawara, dendrobium keriting.
tanah - arundina, spatoglottis,epidendrums

PETUA : beli orkid kena tahu jenis, kalau owner nursery tak tau jgn beli.


Jika memang nak tanam orkid je, maka boleh la kita buat rumah khas dan bahagikan shade mengikut seperti yang diterangkan di atas. nanti senang nak letak orkid mengikut kadar keperluan teduhan nya.

SENGGARAAN ORKID

mengikut tabiat sipenanam dan iklim setempat..

SIRAM - siram dua kali sehari pagi dan petang macam pokok tanaman lain juga..jangan over water ..sebab orkid ni ada struktur yang boleh simpan air..macam hoya dan kaktus jugak la.

BAJA macam pokok lain masih perlukan makro element NPK dan ikro element spt boron, calcium, manganese, zink dan etc la.

SERANGGA DAN KULAT -- macam tanaman lain..kena gak sembur racun.

SO..cuba la tanam sepohon dua. ada masalah boleh tanya..

TP dan bakal peminat orkid semuer.

400 jenis tu 90 % adalah orkid liar, 10 % je hybrid..tapi mungkin percent hybrid akan naik selepas BERJAYA buat org rumah minat orkid..sebelum ni haram dia tak minat..lepas ni pergi shopping okid berdua le..

saya nasihatkan sesiapa yang nak bermula tu, mulakan dgn hybrid dulu sebab lebih mudah, nanti dah lama sikit baru start species.lagipun harga hybrid ni murah and bunga senang sikit berbanding dgn spesis. Spesis biasanya bunga bermusim tapi ramai suka dan sanggup tunggu musim dia sebab unik, lain dari yang lain.

senarai nersuri orkid boleh lihat di database group orchidofmalaysia..

Kalau nak hybrid cari di nursery LUM CHIN , lorong selesa 9 taman gembira jalan kuchai lama, harga murah jugak la, anak tokey ni kenal saya, boleh la nak guna password kot...dekat rawang ada gak, malaysian orchid united, lama dah tak pergi kat sini lepas geng baik indon tu berenti :) harga susah kau tim kalo dia dah tak de.

2 website tu bukan nursery tapi hobi je..kalo nak pergi LUM CHIN cari jalan kuchai lama, and cari taman gembira (lebih dikenali sabagai happy garden la)..senang je sebab setiap simpang akan ada sign board arah ke happy garden. yang penting cari jalan kuchai lama dulu.