Tuesday, June 21, 2005

MEE HOON SUP BEBOLA DAGING

Bahan utk bebola daging:
  • 600g daging cincang
  • 70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour)
  • 50 g tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • ¾ sudu kecil garam
  • Cara membuat:Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati.
  • Bulat-bulatkan sebesar ibu jari. Letakkan sedikit tepung jagung ditapak tangan semasa menggentel supaya bebola daging tak melekat di tangan.
  • Lakukan sehingga habis kemudian ketepikan
  • Bahan utk kuah: 2½ liter air (10 cawan air)
  • 1 ketul kiub pati daging
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • 4 ulas bawang putih }dicincang halus
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 2 batang celery } dihiris nipis
  • 2 tangkai daun bawang } dihiris
  • 3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis
  • sedikit bawang goreng
  • 1 bungkus mee hoon } dicelur selama 1 minit dlm air mendidih,disejat kemudian dibilas dgn air sejuk supaya mee tak melekat
  • Cara Membuat:Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, kuib pati daging, kicap cair, serbuk lada sulah, dan garam.
  • Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung.Setelah daging terapung masukkan celery.
  • Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon, daun bawang, hirisan cili, bawang goreng dan sambal kicap. Tuangkan sup dan bebola daging atasnya.Hidangkan panas-panas.

No comments: