Tuesday, June 21, 2005

BAKSO

Bahan 1 (bebola daging)
  • 350gm daging tanpa lemak (minced)
  • 250gm daging ayam tanpa lemak (minced)
  • 2 biji putih telur
  • 3 biji bawang putih (tumbuk halus)
  • 5 sudu besar tepung ubi kayu1
  • ½ sudu kecil baking powder
  • lada hitam
  • garam secukup rasa
  1. Campurkan kesemua bahan di atas. Buatkan bulat-bulat.
  2. Didalam periuk, panaskan air. Bila air mengelegak. Jatuhkan bebola daging tersebut satu persatu. Jika bebola daging sudah timbul dipermukaan air biarkan mengelegak seketika angkat dan toskan.
  • Bahan 2 (sup) :
  • 2 kg Tulang rawan lembu
  • 2 batang carrot (hiris 1 cm)
  • 3 batang celery (hiris 1 cm)
  • garam
  • lada hitam(jika nak letak bawang putih letaklah sedikit sahaja)
  • air untuk sup
  • Cara membuatnya:Masukkan kesemua bahan tersebut didalam sebuah periuk. Rebus sehingga masak.
  • Cadangan hidangan :Mee kasar / mee halusTaugeh (tak payah celur)Lada kecil (kisar halus) – untuk yang suka pedasKicap ABCMasukkan mee dan taugeh didalam pinggan. Letak bebola daging. Tuang kuah. Perisakan dengan lada kisar dan kicap ABC.

No comments: