Tuesday, June 21, 2005

a'aaa chak...heee

dalam pada nak update blog hari hari, skang ape dah jadik... dah berbulan bulan plak...

oleh kerana aku ni kurang pandai menyusun ayat nak bercerita or karang cerita, apa kata blog ni aku jadikkan store simpan resepi...
senang skit, nak carik resepi selak aje kat blog nih..takyah nak bukak file lagik..

OK here it goes :

1. Baked Meatball
  • 500g daging cincang
  • 1/2 cawan soft breadcrumbs
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kecil oregano
  • garam
  • lada hitam
  • Extra Virgin Olive Oil
  • Beef SlicesGrated Cheese (Mozarella & Parmesan Cheese)
  • Spaghetti Sauce
  • 400g fettuccine (jika tiada guna sahaja spaghetti)
  1. Campurkan daging cincang, soft breadcrumbs, telur oregano, garam dan lada hitam didalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  2. Panaskan olive oil didalam kuali. (lebih kurang 3 sudu besar).
  3. Bulat-bulatkan adunan daging tersebut sebesar ibu jari. Buat sampai habis. Dan goreng sehingga masak didalam kuali tadi.
  4. Beef Slices – hiris kecil kecil. Goreng sebentar menggunakan minyak gorengan daging tadi.
  5. Campurkan bebola daging yang telah digoreng dengan beef slices yang telah digoreng tersebut kedalam mangkuk pembakar.
  6. Fettuccine hendaklah dimasak seperti biasa dan ditoskan. Selepas ditoskan letakkan diatas bebola dan beef bacon didalam mangkuk tadi hingga menutupi semua bebola.Diatas fetuccine pula ratakan spaghetti sauce. Ratakan sehingaa menutupi semua fettuccine.Diatas sos tabor cheese, ratakan sehingga menutupi semua sos.
  7. Bakar di dalam oven dengan kepanasan 150c sehingga cheese bewarna kuning keemasan. Angkat dan sedia dihidangkan

2. MEATBALL

  • 250g daging cincang
  • 4 helai daun bawang (cincang halus)
  • 1 sudu besar parsley fresh / kering
  • 3 sudu besar tomato puree
  • Garam dan Lada Hitam

Cara membuatnya:Gaul semua sekali. Buatkan bulat-bulat dan goreng menggunakan pan yang telah diletak dengan olive oil.



Resepi taken from merryheated

No comments: