Friday, February 09, 2007

Sensitiviti pada anak2

Tadi +-7.30 pagi, aku drive ke opis, ada la satu ayah ni, bawak anak kecik naik motor kat hiway soromban..agaknya anak tu nak di hantar ke kindy sbb si adik tu pakai uniform kindy..agak2 adik tu umur dlm 5-6 thn..dah senget2 adik tu kat belakang, si ayah menten press minyak..
pagi sejuk weii dah le adik tu togel hanya beruniform kindy, ala tebal mana sangat..si ayah macho dgn leather jacket..ape ke hey....kalo yer pun pakai kan la anak tu winbreaker ke ape ke..jgn le togel dgn unform lengan pendek..kesian aku tengok si adik tu..ndak jerk aku berenti..


teringat satu incident tahun lepas...on the way balik kampung ke belah utara nun..ada satu family tu bawak anak kecik naik motor, hujan plak tu...hari tu plak laki aku dgn anak bawak kete dia, aku dgn maid dan lagik 2 org anak naik kereta aku, tapi we all convoy le..so laki aku berenti le pelawa nak hantar bini mamat tu dgn anak dia sehingga ke bandar yg we all tuju..mamat tu cam cuak, so laki aku cakap le..kereta belakang ni kereta org rumah..mamat tu cam tak percaya asal plak naik kereta berasingan...so aku pun turun le kereta mensahihkan cerita...ye la kann bukan senang nak izinkan..well ..aku paham....

mengikut citer, laki aku memang suke bagi org tumpang dr zaman bujang lagik..ye le tak sumer keluarga mampu berkereta..paling kesian kalo balik raya dgn muatan penuh, dgn anak 2 org..motor kecik plak..mana la selesa..so drp dia drive sorang2...elok tolong mana yg termampu....

pastu kat radio plak ramai caller call tang pembuangan bayi..sadis aku...aku sokong mmg patut si bapak dihukum sama...


pagi ni amar dibekalkan nasi + ayam goreng, Cikgu Vasanthi akan ajar amar makan nasi yg mana sudah amar tinggalkan selama 3 tahun...ade ke bloggers kat sini yg tak makan nasi selama tu....jawab weiiii



terlebih rajin
ada kat my inbox hari ni



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya
hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."


"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"


"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"


"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"


"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"


"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"


"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,


dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"


"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat"

No comments: