Tuesday, August 08, 2006

Dari Dapur my fren Winda

Kek Coklat (Kukus)

2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko powder
2 sudu teh bikarbonat soda
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan minyak (mazola)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 sudu teh garam
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla


= Gaul mesra, masukkan dalam pengukus dan kukuskan.
= Masa kukus dlm 1 - 1 1/2 jam, cucuk dengan lidi dan kalau tiada sisa melekat, maknanya kek sudah masak. Sejukkan sebelum mula makan.




KEK KUKUS

2 cwn gula
1 cwn gula ( utk d goreng hangus, bkn hangit )
2 cwn mentega
5 bj teloq
1 kati tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu the cream of tatar
2 cwn mix fruit ( mak agak2 ja sbb dulu dia beli yg kotak besar $4.50 dia bahagi 2 dpt dlm 2 cwn mak kata )


1) gula, mentega = pukul smp kembang.
2) masuk telor sebijik pukul, sebijik pukul smp abis 5 bj tu.
3) tepung+ soda bicarbonate + cream of tatar gaul bsama2 mix fruit.
4) sementara tu panaskn gula yg 1 cwn tu smp cair & hangus keperangan
5) bila kembang adunan yg no.2, then masukkan yg no.3 gaul sebati.
6) pastu br masukkan no. 4 bila dh masuk gula hangus tu kita kena kacau
cepat2 n adunan td automatically akan jd liat skit..

7) bila dh sebati adunan td masuk dlm periuk. periuk berpenutup pun OK
8) adunan yg dh masukkan dlm periuk tu d tutup dgn tudung periuk coz
tak mau bg air kukus masuk nnt reject kek tu.
9) kukus 2hrs.



Sambal Goreng Seri Ayu

2 keping tempe - dipotong nipis
2 keping tauhu - dihiris nipis
2 biji kentang - dipotong dadu
2 cawan udang kering - dikupas kulitnya & dibersihkan
3 keping hati ayam - dipotong dadu
2 keping mempedal - dipotong dadu
10 biji telur puyuh rebus - dikupas kulitnya
1 cawan minyak masak
Sedikit garam dan serbuk kunyit

Bahan B

10 ulas bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
5 batang serai - dikisar
1 cm halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
2 cm belacan - dikisar
2 biji buah keras - dikisar
12 tangkai cili merah - dihiris nipis
1 cawan isi petai - jika suka
1 sudu bawang goreng
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa

Cara Menyediakannya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, gaulkan bahan A dengan garam dan kunyit goreng berasingan.

2. Panaskan sebanyak setengah cawan minyak masak lebihan menggoreng tadi dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan garam, gula, santan dan petai, kacau rata. Masukkan pula cili hiris diikuti dengan air asam jawa, biarkan mendidih. Sebelum campurkan bahan A serta bawang goreng kacau rata hingga hampir kering, hidangkan.




NASI MINYAK WARNA WARNI/HUJAN PANAS
Sumber: Noor Masri


Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air...JIKA beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau lebih bergantung kpd jenis beras
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar minyak masak } untuk menumis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah


= Beras dicuci kemudian ditoskan.
= Panaskan minyak sapi dan minyak masak dlm periuk.
= Masukkan rempah tumis bersama bawang merah, halia dan bawang putih yg dimayang.
= Goreng hingga naik bau/kekuningan.
= Masukkan daun pandan, air dan susu.
= Kemudian masukkan tomato puree serta garam.
= Bila mendidih, masukkan beras.
= Bila nasi hingga kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
= Tanak hingga masak, gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata

NOTA: Masa menumis kalau nak guna kesemua minyak sapi (3 s/besar)pung tak apa..kak Noor suka guna 1 s/besar minyak sapi + 2 s/besar minyak masak supaya nasi tu kurang muak dan kurang kolestrol





macaroni & cheese ala Kenny Rogers

Cheddar Cheese 1 block (RM8.99) - parut halus
3 sudu majerin / butter
2 cawan susu fresh milk atau low fat milk ( susu cair )
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air sikit, cair-cair
Sedikit garam untuk rasa ( sikit ajer )
10 biji lada hitam bijik (tumbuk halus)
1 paket marcaroni jenis ELBOW ( ada tulis kat paket marcaroni tu )

Cara :

Masuk butter ke dalam non stik pan
Masukkan susu, kacau
Masukkan tepung gandum, kacau rata jangan berbiji
Masukkan lada hitam tumbuk
Masukkan cheese
Kacau pekat atau cair ikut suka citarasa sendiri. Kalau aipi besar, kuah mudah pekat.

Akhir sekali masuk garam dan marcaroni ELBOW

Kalau hendakkan lebih rasa cheesy, masukkan Mozzarella Cheese dalam 2 sudu besar. Rasa melekit-lekit akan lebih terasa. Mozarella Cheese nie mudah busuk/berkulat, so kena simpan dalam bekas kedap udara atau masukkan dalam Freezer kalau tak habis guna.



Simple Marcaroni & Cheese

Rebus macaroni sehingga lembut dan toskan. Gunakan non stick pand, panaskan mentega, biarkan ia cair. Masukkan tepung, garam dan pepper dan terus tuangkan susu segar. Masukkan cheedar cheese dan masak hingga cheese cair dan sos cheese pekat. Kemudian boleh dituangkan ke macaroni yang telah direbus dan gaul rata.


1 ½ cawan macaroni
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung serbaguna - bancuh dengan sedikit air nak elak kental sangat
Garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
2 cawan susu segar
1 buku Cheddar Cheese yang diparut
serbuk paprika (jika mahu)

Cara :

Rebus macaroni sehingga lembut dan toskan.
Panaskan mentega, biarkan ia cair.
Masukkan tepung, garam dan pepper dan terus tuangkan susu segar.
Masukkan cheedar cheese dan masak hingga cheese cair dan sos cheese pekat.
Kemudian boleh dituangkan ke macaroni yang telah direbus dan gaul rata




Markaroni Goreng

500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang Ramly
100g udang
100g lobak merah dihiris
2 sudu besar gula madu
6 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
3 biji bawang besar didadu
6 bijik bawang putih dihiris/tumbuk pun boleh
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus) - hiasan tabur last
2 sudu butter / marjerin
minyak & garam secukup rasa

Note : Sos tiram 2 sudu besar kalau nak letak

Cara :

Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu.
Panaskan sedikit minyak dan goreng daging.
Masukkan sedikit mentega, ½ sudu kecil serbuk lada putih, garam dan sos tomato.
Gaul rata sebelum diangkat.

Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang2.
Kemudian diikuti dengan udang dan carrot.
Masukkan serbuk buah pala, ½ sudu kecil serbuk lada putih
Masukkan marcaroni dan daging yang digoreng asing tadi.
Last sekali masukkan daun sup dan daun bawang.
Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya

Note : Adakala malas nak masak daging asing2, so pandai2 masak semua sekali harung.



Spaghetti Seafood

Bahan-bahan

1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
4 bijik bawang besar didadu
2 biji lasa besar dihiris (capsicum)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5 biji lada merah (lada/cili biasa)
Minyak untuk memasak
Garam secukup rasa

Cara :
Goreng bawang putih, bawang merah, lada besar, cili merah
Masuk udang dan sotong
Masukkan serbuk lada hitam, garam
Masukkan spaghetti

Note : Kalau nak tambah perisa, boleh tambah 2 sudu besar sos tiram dan 1 ketul kiub pati Ayam Knorr/Maggi




MAC N CHEESE

Bahan

1 paket (500 gram) pasta yang sesuai seperti macaroni, spiral atau sebarang bentuk pasta lain yang disukai
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti Prego 400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang

2 - 3 helai bay leaves (kering)
Sedikit rempah oregano
Garam dan gula secukup rasa
* Rempah oregano & bay leaves boleh dikecualikan sekiranya menggunakan sos spaghetti segera

1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum


1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah : Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese : Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese : Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan.




nota : Spagethi 1 packet 500 gm unt lebih kurang 8 orang makan. Spaghetti seafood kena lebihkan sayuran seperti batang celery dipotong halus, cendawan dalam tin potong halus. Letakkan kiub ikan bilis atau kiub ayam ..

2 comments:

Mazudi said...

hari ni kira entry versi masak masak la ni kan kak?

Anonymous said...

Hey! Very Nice! Check out this website I found where you can make extra cash.
It's not available everywhere, so go to the site and see if you can find something. I found something and make
and extra $900 a month!

http://www.degree-programs-online.info/extramoney.htm