Saturday, July 29, 2006

Percubaan buat rendang Daging

Besok 30/07/06, Pak Chu (Sebelah AD) akan balik ke LA, penerbangan 3 petang dr KLIA. InsyaALLAH sumer adik beradik sebelah AD akan berkumpul di rumah aku, maka aku pun mula la merancang ape hidangan yg MUSTi ada di dining table...takmo le makanan yg kebaratan, PakChu pun dah jemu makan, ye le dari 1980 dah duduk dibumi Amerika itew..
Mula la aku surf kat FnR Cari@, akhirnya decide nak cuba rendang resepi kak NoorMasri.





RENDANG DAGING DENDANG PERANTAU

Bahan-bahan: (utk 4-5 org)

700 g daging lembu (batang pinang) } dihiris
4 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit } dihiris halus
4 helai daun limau purut }hiris halus
3 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
sket gula merah jika suka
minyak utk menumis

Bahan kisar:

15 tangkai cili kering
15-20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 batang serai
2 biji buah keras

Cara membuat:

Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air)
Panaskan minyak tumiskan bahan kisar.
Kacau hingga wangi dan naik minyak.
Masukkan daging, santan, kerisik dan asam keping.
Renehkan sambil sesekali kacau
Apabila hampir kering masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula
Bolehlah diangkat




RENDANG KETUPAT

Bahan-bahan:

700 g daging} dipotong sederhana besar
2 biji kelapa } ambil santan pekat
2 sudu besar kerisik } lebih elok guna home made kerisik (tumbuk sampai berminyak)
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
gula melaka secukup rasa
1 keping asam keping

Bahan kisar: (kisar hingga halus dgn sebahagian drp santan)
10 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ketumbar
2 cm halia
2 batang serai (dimayang halus baru baling dlm blender)

Cara membuat:

Satukan daging dgn bahan kisar, kunyit serbuk dan asam keping
Jerang atas dapur hingga daging kecut
Tuangkan santan biarkan hampir kering
Masukkan garam, gula melaka diikuti kerisik dan kacau hingga kering
Enak digandingkan bersama ketupat, nasi impit atau lemang..dgn nasi putih pung enak jugaaa¡­nyummy !


Aku bleum pasti nak cuba resepi yang mana dulu, kalo ikut hati nak buat kedua2..tapi masa tak izin pulak..

No comments: