BLINDS
1) ROMAN BLINDS = guna rail Khas, 1 kaki rail RM27 -RM32 /kaki
>>> untuk jimat kos, sediakan sekeping kayu, skru dawai langsir dan tali, hasilnya tetap sama dengan rail Ori
2) AUSTRIAN BLINDS
3) LONDON BLINDS
4) FAN BLINDS
5) BALOON BLINDS
Smart Tips for Window Decor;
1) Examine your space - keluasan ruang tamu, dapur, bilik tidur etc.
2) Color decorations
3) patern
4) texture - materials etc.
these are the most important elements used to coordinate window treatments with interiors.
"A good general rule is to match the style of the window treatment with the style of the interior".
Kesilapan kita dalam menghias rumah ialah tidak ketahui konsep hiasan bagaimana yang kita kehendaki..teknik hiasan ini tidak seiring dan hasilnya hiasan rumah tidak menarik..
Jika kita pilih konsep hiasan English Style..maka teknik Window Decor or Curtains..sesuai corak berbunga, lace, sheers..patern beropol, goblet, tri-pleat dan to-pleated or box pleated...
Scallop or swangs lebih sesuai dengan konsep Royal or Traditional look or classic..
Tab-tobs ~ sebenarnya untuk bahagian ruang dining / kitchen and bathroom..masalahnya ramai yang tersilap teknik hiasan dengan kenakan untuk ruang tamu...
Blinds ~ sesuai sekiranya window mengadap cahaya matahari terbit dan untuk elakkan bahang panas...
Semua kriteria diatas, amat penting untuk kita fikirkan agar hiasan dalaman rumah nampak menarik...
PANDUAN JAHITAN LANGSIR BOX PLEAT
Definasi Pleat bermaksud "lipatan" dan terdapat pelbagai teknik lipatan untuk membentuk kepala langsir. Paten langsir ini dikenali sebagai "box pleat" kerana teknik lipatan seperti kotak.
Terdapat dua kaedah jahitan langsir Box Pleat;
Bahagian bawah dan kepala langsir diasingkan. Perlu dicantum ketika jahit. Hanya bahagian bawah sahaja yang berlipat. Kaedah ini TIDAK terserlah keindahan paten langsir box pleat. Jika diamati seolah sama saja kain langsir.
Teknik diatas ialah bahagian atas dan bawah dilipat bersama (tiada pengasingan kain) ketika dijahit. Paten ini lebih menarik dan menyerlah teknik lipatan kepala langsir.
Teknik @ Paten langsir Box Pleat ini adalah asas. Dari paten ini, ianya boleh di pelbagaikan teknik dan kaedah jahitan untuk paten-paten langsir yang lain.
Paten langsir Box Pleat Smocking
PANDUAN JAHITAN LANGSIR
Anda harus membuat pilihan paten langsir yang mana satu anda hendak jahit;
(1) Hanya bahagian bawah sahaja berpleat. ATAU
(2) Bahagian atas dan bawah dilipat sekali.
Jika Kaedah (1)
Dapatkan Ukuran panjang rail. Ukuran Pita adalah sama dengan Ukuran panjang rail.
Jika Kaedah (2)
Ukuran Pita adalah sama jumlah keseluruhan kain.
Gunting kain Panjang rail dan Lebar 8 inci.
Jahit Pita Keras saiz 3.5 inci @ 4 inci.
Jahit suku sahaja pita keras dibahagian atas langsir.
Setelah siap jahit Pita Keras, terbalikkan bahagian dalam dan jahit Pita Jalur (Pita Biasa) di bahagian depan kain langsir. Dah siap, asingkan dulu bahagian kepala langsir.
Formula Kain Langsir Box Pleat
Panjang Rail x 3 = Jumlah Keseluruhan kain.
Untuk ketahui Jumlah meter kain ;
Jumlah Keseluruhan kain bahagi 39 inci = Jumlah Meter Kain
1 meter bersamaan 39 inci
Basi Kelim Kiri dan Kanan
Kiri ~ 3 inci
Kanan ~ 3 inci
Basi Kelim Bawah
Kebiasaannya jahit zigzag halus.
Jika boleh, ambil kain memanjang. BUKAN ikut bidang kain.
Dah gunting kain, tandakan 2 inci sehingga habis. Dan lipat kain selisih bertindih.
Lakukan teknik lipatan sehingga habis. Saiz lipatan siap box pleat ialah 4 inci.
Setelah siap, cantumkan bahagian kepala langsir dengan bahagian bawah langsir.
Jahit kiri dan kanan, barulah terbalikkan.
Setelah siap, jahit bahagian bawah (kepala langsir).
No comments:
Post a Comment