Tuesday, May 30, 2006

KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)

KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)

> Untuk Keselamatan Diri, Ayat 1 - 9

> Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir, Ayat 9

> Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat
ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat, Ayat 12

> Mengisahkan orang-orang yang mati syahid, Ayat 13 - 35

> Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak, Ayat 22 - 23

> Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut, Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. Ayat 29

> Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya). Ayat 30

> Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Ayat 32

> Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur. Ayat 33 - 35

> Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di
pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka
setiap pagi sebelum keluar rumah.Ayat 36

> Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang
kering akan hidup semula. Ayat 37

> Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. Ayat 38

> Mengisahkan ilmu falak. Ayat 39

> Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu. Ayat 41

> Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki Kenderaan.Ayat 40

> Mengisahkan keseronokan hidup di dunia, Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup. Ayat 44

> Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t. Ayat 45 - 48

> Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba. Tiupan ke-dua - Hancur. Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar. Ayat 49

> Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya. Ayat 50

> Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. Ayat 58

> Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt. Ayat 76

> Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat)menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini. Ayat 78 - 79

> Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya
pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." Ayat 79

> Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat. Ayat 82