Tuesday, November 22, 2005

Kenali Denggi


Apa itu penyakit denggi?Denggi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi bawaan nyamuk aedes.Adakah ubat atau vaksin yang boleh merawat penyakit denggi?Tiada. Dikatakan, ia akan mengambil masa hampir sedekad lagi untuk itu terjadi.Apakah tindakan yang perlu dilakukan?Mengamalkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan untuk mengelakkan gigitan nyamuk aedes.Apakah tanda-tanda diserang demam denggi? Pelbagai. Antaranya, demam kuat secara mengejut, ruam merah pada kulit, sengal-sengal otot, sendi, biji mata dan kepala serta pendarahan pada badan, hidung dan mulut.Apakah gejala-gejala akibat diserang demam denggi?Sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah dan sakit perut.Bagaimana untuk mengenali nyamuk pembawa virus denggi?

Nyamuk aedes dapat dikenali dengan warna berbelang hitam putih di kaki dan badannya.Bilakah waktu nyamuk aedes menggigit?Nyamuk aedes aktif menggigit pada awal pagi iaitu dari pukul 5 hingga 7 pagi dan senja dari pukul 5 petang hingga 7 malam. Di manakah nyamuk aedes ini membiak? Di dalam air bertakung yang jernih di dalam dan di luar rumah.Berapa lamakah tempoh kitaran hidup nyamuk aedes untuk menjadi nyamuk dewasa?Seminggu, bermula dari telur, jentik-jentik, kepompong dan seterusnya menjadi nyamuk dewasa.Adakah terdapat racun yang boleh membunuh nyamuk aedes?Salah satu jenis racun pembunuh jentik-jentik nyamuk yang mudah didapati dan selamat digunakan adalah Abate.Ia boleh dimasukkan ke dalam semua bekas menyimpan air yang tidak dapat dicuci air seperti tangki air, tempayan, kolah air, pasu bunga dan sebagainya untuk membunuh jentik-jentik nyamuk aedes.

Sukatan yang biasa digunakan adalah satu sudu teh (10 gram) Abate dicampurkan ke dalam 100 liter air.Abate biasanya dimasukkan ke dalam bekas simpanan air lebih kurang tiga bulan sekali atau apabila bekas tersebut dicuci.Di manakah tempat-tempat yang biasa nyamuk aedes membiak?Di dalam rumah dan di luar rumah atau di mana-mana yang terdapat air bertakung seperti di bawah takungan peti ais, kolah mandi, pasu bunga, alas pasu bunga, tempayan dan sebagainya. Di luar rumah pula seperti di dalam tayar buruk yang menakung air, saluran air hujan, tin kosong, deram isi air, tunggul buluh, pelepah daun yang menakung air dan sebagainya.Bagaimanakah caranya untuk mengawal dan mencegah penyakit denggi?Dengan mengamalkan kebersihan persekitaran rumah dan tempat bekerja dan ini seterusnya dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.Cara untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes?Menutup semua bekas menyimpan air, salin, berus dan basuh semua tempat menyimpan air seminggu sekali, bersihkan saluran air hujan, pastikan tempat pembiakan seperti tayar buruk, kaca, tin dibuang dengan selamat, tanam semua bekas yang menakung air, memasukkan racun pemusnah serangga (Abate) mengikut sukatan setiap tiga bulan sekali.Menghapuskan nyamuk aedes dewasa?Menggunakan racun serangga (aerosal) dan pasang jaring nyamuk di tingkap rumah. Semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila terdapat kes demam denggi di kawasan tersebut.Apakah yang dimaksudkan dengan semburan kabus?Semburan kabus dilakukan untuk membunuh nyamuk aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak.Ia dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai, dilakukan di luar rumah pesakit dan 200 meter sekitarnya dengan menggunakan mesin thermal fogger. Semburan kabus menggunakan mesin Ultra Low Volume (ULV) yang diletakkan di atas kenderaan dilakukan di sekitar kawasan luar juga dilakukan untuk mendapatkan liputan kawasan yang lebih luas.Bilakah waktu yang sesuai untuk dilakukan semburan kabus?Pada waktu awal pagi, pukul 5 hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 7 malam atau senja kerana nyamuk aedes aktif menggigit pada waktu tersebut.

Berapakah kekerapan semburan kabus dilakukan?Ia akan dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan diulang selepas tujuh hingga 10 hari. Dua pusingan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk lebih kurang 10 hari berikutnya.Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh penghuni rumah atau premis semasa semburan kabus dilakukan?Bagi semburan kabus yang menggunakan mesin thermal fogger yang dikendalikan seseorang anggota, adalah dinasihatkan supaya mengosongkan rumah, atau premis bersama binatang peliharaan, menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan, membuka semua pintu bilik dalam rumah, menutup balang gas atau bahan mudah terbakar.Bagi semburan kabus yang menggunakan mesin ULV yang biasanya dibawa oleh kenderaan seperti trak pikap dinasihatkan agar membuka pintu dan tingkap supaya racun serangga dapat membunuh nyamuk aedes di rumah, menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari.Apakah tindakan undang-undang bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes?Pemilik rumah atau premis yang membiak aedes boleh dikompaun serta-merta tidak melebihi RM500, Seksyen 25 Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000).Jika gagal membayar kompaun seseorang boleh didenda mengikut kesalahan seperti berikut:* Kesalahan pertama: Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 23(b) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000).* Kesalahan kedua: Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 23(b) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000).* Denda harian: Seseorang juga akan dikenakan denda harian tidak melebihi RM500 bagi setiap satu hari kesalahan itu diteruskan sehingga punca pembiakan dihapuskan. Seksyen 23(c) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000)

Sumber Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan

1 comment:

Anonymous said...

Hey there, my name's Lorie and sometimes I write about the same thing on my blog. I actually do have a few questions for you if you don't mind.
Is it just me or does it seem as if many of the replies appear they are coming out of a bunch of idiots?
:-P Also, if you're on other social network sites like web 2.0 site list, I'd
like to stay in touch. Would you put up a list of
all of your shared sites like your Twitter, Facebook page or
linkedin profile?

Take a look at my website :: 53343