Monday, August 08, 2005

AF3

Gembira betul bila aznil umumkan juara af3 malam minggu lalu..bunga ni mmg peminat mawi cuma idak le sampai sanggup berabis sen nak ngundi...syukur, rezeki berpihak kepada dia...

ni bunga nak share resepi copy paste dr mesra.net..cadang nak belajor buat roti john...dah expert nanti bunga nak niaga plak...


Roti John Special Kiriman

2 buku roti hotdog
1 sudu besar daging cincang
1 labu bawang besar
1 sudu teh seasoning Maggie
2 biji telur
serbuk lada sulah
garam
sos tomato
sos cili
mayonis
buah tomato & timun (utk hiasan)
minyak

Cara:
1) Bawang besar dipotong kiub
2) Tumis bawang besar dgn sedikit minyak dan masak hingga bawang layu
3) Masukkan daging cincang
4) Masukkan seasoning Maggie, serbuk lada sulah dan garam
5) Masak hingga agak kering kemudian angkat
6) Di dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan inti daging tadi dan gaul rata
7) Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak
8) Tuangkan bancuhan telur tadi dan ratakan
9) Tekapkan roti hotdog yg telah dibelah dua (jgn putus)

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama tomato, timun, sos dan mayonis. Jika suka boleh tambah sekeping keju.
Tambahan:
Jika suka, daging cincang boleh ditukar dgn hotdog yg dipotong serong dan caranya sama di atas

1 comment:

Kenneth said...

I have a ##KEYWORD## site/blog. It pretty much covers ##KEYWORD## related stuff.