Friday, March 05, 2010

Kisah Amar di Sekolah Keb Jalan Batu, KL

Entry pertama bln ni, owh atau 1st dlm tahun ni, huuhuuu..

Ibu terlalu sibuk, dgn keje2 kat opis, dgn online business, dgn keje2 rumahtangga, sehingga masa terlalu cemburu unt ibu bercerita tentang anak2 kesayangan ibu. Masa berlalu begitu pantas, hari berganti, bulan dan tahun saban berganti, tak sedar anak2 ibu sumer dah bersekolah rendah.

Hari ni ibu nak citer perihal anak ibu, Amar Amsyar, 9 tahun. Sepanjang minggu pertama bulan Mac 2010, setiap kali ibu menjemput amar pulang drp sekolah, amar sentiasa di pinggirkan..murid2 lain sumer diberi perhatian oleh cikgu, bersuka ria menyanyi dan bermain dgn alat2 khusus unt kanak2 seperti amar, hati ibu mana yang tak tersentuh apabila anak kesayangan ditinggalkan bersendirian di dlm bilik darjah, kipas Off, Lampu Off, sperti di dalam store kekdahnya, hari demi hari, perasaan ibu makin sayu..

Hari ni, Jumaat 05/03 ibu beranikan diri unt bertanya salahsilah perkara sebenar, tak terniat di hati ibu unt menyakiti hati cikgu, tapi ibu lagik kesian melihat anak ibu ditinggalkan persis tiada "keluarga"..apa agaknya perasaan cikgu tersebut, adakah datang kerja hanya sekadar untuk mendapat imbuhan di hujung bulan, tanpa ada rasa tanggungjawab sebagai pendidik dan mendidik anak2 yang memerlukan perhatian dan bimbingan..

Ibu mohon maaf kepada yg terasa, tanpa ibu sedar, ibu telah mungkin ada menyakiti hati guru tersebut, ibu harap cikgu tersebut paham dan letak dirinya ditempat ibu..

sekadar hiasan, namun ku punya hati..









No comments: