Wednesday, October 18, 2006

UNIKNYA KEJADIAN BUAH KURMA


Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM).Elok dibaca dan ambil ikhtibar dgn keunikan ciptaan ILAHI. Semuga kita sama-sama mendapat hidayah dari NYA. Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan bersamalah kita menjalani ibadat puasa dan amalan-amalan yang sepatutnya.

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi...

No comments: