Thursday, August 24, 2006

Hari Wanita ~ 25 Ogos 2006

Lama wei aku tak menulis disini..keletihan otak jadi buntu..

Kemuncak sambutan Hari Wanita memberi pengertian yang cukup besar kepada golongan Hawa di negara ini;
Selain meraikan dan mengenang kejayaan wanita-wanita terbilang negara, sambutan itu turut diisi dengan program-program yang lebih membawa makna.

Tahun ini, sambutan dimulakan dengan penganjuran Sidang Kemuncak Wanita 2006 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sidang kemuncak yang membawa tema Wanita Bersedia untuk Menyandang Jawatan Penting? Pilihan, Peluang dan Cabaran itu berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada hari ini.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang turut menyampaikan ucaptama penutupan persidangan itu.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Faizah Mohd. Tahir.

Objektif utama sidang kemuncak yang masuk tahun keempat itu adalah untuk melengkapkan wanita daripada sektor awam dan swasta dengan maklumat serta pengetahuan yang dapat membantu mereka mencapai potensi tertinggi masing-masing.

Usaha ini penting memandangkan golongan tersebut adalah sebahagian daripada penggerak pembangunan negara.

Wanita memerlukan persekitaran dan peluang yang sesuai serta diberi pilihan supaya mereka dapat memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pekerja sebaik-baiknya.

Sidang Kemuncak Wanita kali ini dimulakan dengan sesi Panel Perdana yang disertai beberapa tokoh wanita berpengaruh bagi membincangkan tema-tema berkaitan wanita.

Antara yang terlibat ialah Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak India, Renuka Chowdhury; Pengarang dotcomdivas.net, Elizabeth Carlassare; Pengasas Lamin Dana, Sarawak, Diana Rose; Pengarah Urusan Salt Media Consultancy, Rose Ismail dan Pengarah Eksekutif UNIFEM, Dr. Noeleen Heyzer.

Ini diikuti dengan sesi Expert Series di mana beberapa ahli daripada CEO Solution berkongsi pandangan mengenai tajuk Walking the Talk: What Works for Women -The CEO Factor.

Ahli panel sesi tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BP Malaysia dan Filipina, Datuk Peter Wentworth, Pengasas dan CEO PDQ Group, Tony Heneberry, serta wakil CEO Solutions, David Fuller dan Mohamed Ashraf Iqbal.


ehsan UM dated 24/08/06