Tuesday, May 30, 2006

Pesanan Semasa Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cubakita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik muka nya yang menahan
kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika
azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa
pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa
ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas se! siapa yang berkata-
kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak
dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat
mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul
maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu
untuk pertandingan bola sepak atau menonton rancangan hiburan di tv, pentas,
panggong wayang dan sebagainya.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan
berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-email
tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir lebih
dari 2 atau 3 kali..Dan email seperti ini bukan juga yang pertama..ia sekadar
memberi peringatan kepada saya dan semua pembaca budiman.. Secara sedar atau
tidak, kita sering leka....bukan terlupa!!!.. Wallahualam..