Tuesday, May 30, 2006

Labu siam mengurangkan paras trigliserida

Labu Siam masak air


Sebiji labu Siam sederhana besar
2 gelas air atau santan (1/2 biji kelapa)**
3 ulas bawang kecil dihiris
sebiji chili merah dihiris
sepaket kecil soo hun direndam ? jam
sedikit ikan bilis dibuang kepala
biji bebola ikan (jika suka)
gram dan sedikit gula (hujung sudu).

Cara masak:

1-Labu Siam dikupas kulit luar sehingga ke paras isi lembut. Belah
dua , kemudian belah empat bagi setiap bahagian. Maknanya kita akan
dapat lapan potongan memanjang Potong lagi sehingga menjadi dadu
sebesar 1" persegi (lebih kurang.)

2. Cuci bersih ,kerana lapisan kulit yg dibuang akan menghasilkan
lendir yg mungkin menyebabkan alahan kulit (jadi merah dan
gatal.Tetapi mengikut pengalaman saya tak gatal)

3- Rebus labu ini separuh masak dengan air sekadar menutupi labu
(5 minit). Atau boleh juga remdamkan dalam air yg menggelegak selama
lebih kurang 15 minit. Toskan labu.

4- Masukkan semua rencah dalam periuk bersama labu. Masukkan 2
gelas air atau santan. Panaskan dan biar menggelegak sehingga labu
empuk dan soo hun lembut. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit
gula.


Labu siam dikatakan dapat mengurangkan paras trigliserida iaitu
komponen kolesterol yang tidak elok dalam badan.