Tuesday, May 30, 2006

KISAH: Perjalanan Hidup

Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Hidup ini bagaikan sebuah perjalanan. Sebuah perjalanan yang jauh. Yang
jauhnya beribu² batu. Banyak onak dan duri. Penuh ranjau sepanjang jalan.
Maka kerana itu hidup ini memerlukan bekalan yang mencukupi. Perlu makanan
sebagai pengalas perut ketika kelaparan. Juga memerlukan ubat²an jika
terluka atau terhiris digarit duri sepanjang perjalanan.

Amalan seharian kita, dan segala perkara yang dikaitkan dengan iman menjadi
bekalan yang paling berguna. Amalanlah yang menjadi makanan kita, yang akan
membekalkan kita tenaga untuk terus mengharungi cabaran sepanjang
perjalanan. Agar nanti kita selamat tiba ke destinasi. Agar nanti kita
tidak kecundang di tengah jalan dan akhirnya tersesat tanpa haluan.

Dan sebagaimana lazim, perjalanan yang jauh juga memerlukan perancangan
yang teliti. Makanan dan ubat²an satu keperluan. Begitu juga pakaian dan
lain² barangan. Kerana mungkin kita boleh sampai tanpa bekalan pakaian.
Tetapi kita tidak mahu sampai dalam keadaan dhaif. Dengan pakaian yang
koyak di sana dan sini. Dengan pakaian yang mendedahkan aurat.

Kebetulan beberapa malam lepas saya sempat berbual dengan teman saya, yang
baru saja mendirikan rumahtangga. Setelah sekian lama tidak berhubungan,
banyak juga yang kami kongsikan dalam tempoh yang sekejap perbualan kami
malam itu. Dan salah satu perkara yang agak menarik perhatian saya ialah
apabila teman saya itu menyebut kata suaminya bahawa tanggungjawab yang
dipikulnya kini bertambah.

Spontan saya tanyakan kepada teman saya, mengapa harus suaminya pikul
tanggungjawab itu? Kerana tanggung jawab bukanlah guni beras yang perlu
dipikul. Teman saya hanya tertawa mendengar kata saya. Dan sebenarnya saya
hanya berniat untuk berseloroh dengannya. Hanya berniat untuk mengusik.
Tetapi kemudiannya saya rasakan ia perkara yang ada kebenarannya.

Memang telah menjadi kebiasaan untuk kita melihat pekerja mana² syarikat
runcit memikul guni beras dari gudang ke lori atau dari lori ke kedai
runcit di atas tengah belakangnya. Tetapi perjalanan hidup bukan sesingkat
itu. Bukan seperti jarak antara gudang ke lori atau lori ke kedai runcit.
Perjalanan hidup adalah beratus, kalau pun tidak beribu kali ganda dari
jarak itu.

Dengan jarak perjalanan yang beratus, beribu malah mungkin berjuta batu
jauhnya, apakah mungkin untuk memikul guni yang seberat itu sehingga
selamat tiba ke destinasi? Tentu sekali kita tidak termampu. Mungkin ada
yang termampu tetapi berapa ramai. Dan jika mampu sekalipun, entah
bagaimana keadaan kita setibanya ke destinasi kelak.

Kerana di hujung perjalanan kita adalah sebuah temasya yang menjanjikan
kebahagiaan dan kegembiraan. Jika kita sampai dengan memikul seguni beras,
tiba saja ke destinasi kita sudah sedia keletihan. Bagaimanakah agaknya
dapat kita nikmati segala acara kegembiraan yang telah disediakan? Bukankah
itu suatu kerugian? Apatah lagi setiap tetamu akan diperiksa barangan yang
dibawanya satu persatu…

Kerana itu saya katakan kepada teman saya, lebih praktikal jika tanggung
jawab itu dijadikan beg. Cuma malam itu saya katakannya sebagai beg tangan.
Tetapi setelah saya fikirkan, adalah lebih sesuai jika dianggap seperti beg
pakaian. Beg yang memuatkan pakaian yang bakal kita pakai di sepanjang
perjalanan nanti. Bukan setakat pakaian malah segala barang keperluan yang
lain.

Lain orang lain kapasitinya. Lain tanggungjawab yang dipikul dan lain pula
kemampuan untuk menanggung bebanan. Seperti beg pakaian tadi. Ada berbagai
variasi dari segi saiz. Ada yang besar, ada yang kecil. Mungkin ada yang
memiliki hanya sebuah beg yang besar. Mungkin juga ada yang memiliki beg
yang kecil tetapi berbilang² pula jumlahnya.

Disebabkan saiz yang tidak sama, maka lain orang lainlah jenis bekalan yang
akan dibawanya bersama. Seorang yang mempunyai beg yang lebih besar,
tentunya akan membawa barangan yang lebih banyak. Begitu juga sebaliknya.
Seorang yang begnya kecil, tentu hanya mampu memuatkan beberapa helai
pakaian sahaja. Mungkin cuma sepasang dua sahaja.

Mungkin kita yang mempunyai beg yang besar ini kasihan melihat mereka yang
hanya memiliki beg yang begitu kecil. Hinggakan kita jadi tertanya,
bagaimana agaknya perjalanan yang perlu mereka tempuhi. Bagaimana nanti
jika pakaian mereka kotor belaka? Bagaimana mereka hendak menukar pakaian.
Sedangkan hakikat yang kita sering lupa, beban perjalanan mereka kurang
daripada kita sebenarnya.

Benar beg mereka kecil, benar pakaian yang mereka bawa adalah sedikit.
Benar. Memang benar. Tetapi hidup adalah sebuah perjalanan yang jauh.
Apakah kita sebenarnya mampu menanggung beban yang berat sebegitu? Sedang
semakin kita hampir ke destinasi kita, kita menjadi semakin lemah akibat
keletihan. Semakin tidak berdaya… Semakin tua! Buka semakin sihat dan kuat.

Begitu juga, berat beban yang akan kita bawa sepanjang perjalanan berbeza
mengikut jumlah orang yang kita bawa. Bagi seorang yang berjalan sendirian,
mungkin tidak perlu terbeban dengan barangan yang begitu banyak. Tetapi
bagi sebuah keluarga yang besar, yang memiliki 8 orang anak misalnya,
walaupun masing² membawa hanya sehelai pakaian, tetap akan menjadi berat
juga akhirnya.

Inilah tempatnya untuk membuat penilaian. Jika sedia maklum beg yang kita
miliki itu kecil, maka isikanlah dengan pakaian² yang perlu sahaja. Tidak
perlulah diisi dengan pakaian yang terlalu cantik. Apa yang penting, ianya
menutup aurat dan tidak membebankan. Dan, sebenarnya beg itu boleh
dijinjing bersama² dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin, dengan
begitucara , merekalah orang yang paling tidak terbeban.

Saya jadi termenung selepas selesai memikirkan hal ini. Saya mula mengira²
keadaan diri saya. Apakah barangan yang saya sumbatkan bersesuaian dengan
beg yang saya miliki. Apakah saya sanggup menggalas beg seberat ini untuk
sampai ke penghujung jalan nanti? Saya mahu berpesta di keramaian nanti.
Bukan terjelepok akibat keletihan yang melampau akibat memikul bebanan
ini…..

Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

-Abu Naqibah-

Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di AbuNaqibah@gmail.com
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/0VPplB/TM
--------------------------------------------------------------------~->

Layari laman web Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) di http://www.sim.org.my

Apakah SIM?
SIM adalah sebuah kumpulan yang ditubuhkan bagi mengumpulkan sahabat-sahabat dikalangan rakyat Malaysia yang berinteraksi melalui ICT. SIM terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas walau dimana saja mereka berada. Sila layari laman web SIM di http://www.sim.org.my

TERIMA KASIH KERANA MENYERTAI SIM
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/SahabatInteraktif/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
SahabatInteraktif-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/





Delete | Reply | Reply to All | Forward | Redirect | Blacklist | Message Source | Resume | Save as | Print Back to INBOX
Move | Copy This message to ---- New Folder ---- Drafts mailfilter POSSIBLE-SPAM Saved Sent Ticksheet Trash WBB